"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Khamis, 23 Februari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN, ANUGERAH DAN PERHARGAAN SEMPENA PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Besut akan mengadakan program di atas sebagaimana berikut:

Tarikh : 28 FEBRUARI 2012 (SELASA)

Tempat : Kem Seri Keluang, Besut

Masa : Jam 8.30 pagi-12.00 tengahari

Pakaian : Uniform Pengakap Dan Vest Petugas Jambori

Sehubungan ini pelajar sekolah tuan (sebagaimana lampiran) dijemput hadir ke perhimpunan tersebut bagi menerima Sijil Penghargaan di atas sumbangan yang diberikan sempena Jambori Nasional Malaysia ke-11 Terengganu International Scout Jamboree 2012 pada 19-25 November 2011 yang lalu.

Bersama ini dilampirkan tentarif program untuk makluman serta tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan hendaklah dirujuk kepada En. Wan Mohd Senari Bin Wan Ibrahim, Penyelia Kokurikulum, PPD Besut. (H.P : 012-9545501) atau panel blog Pengakap Besut, Mohammad Khairil Izhan Bin Anuar, Izhan@Airscout. (H.P : 014-5047588).

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010