"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Selasa, 29 Mei 2012

APA ITU JOTA?

Apabila seseorang pengakap bercadang untuk menemui pengakap dari negara-negara lain, mereka tentu berfikir untuk menghadiri Jamboree Dunia, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun, lebih 700,000 pengakap dari seluruh pelusuk dunia 'berkumpul' di udara menggunakan gelombang radio setiap tahun melalui Jamboree Di Udara atau Jamboree On The Air(JOTA). Sesuatu yang unik, pengakap tidak perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

Buat masa ini terdapat dua peringkat JOTA antarabangsa iaitu peringkat APR dan juga peringkat dunia. Ianya diadakan pada bulan Ogos dan Oktober masing-masingnya. JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada tahun 2009, iaitu setelah 52 tahun, lebih dari 702,000 Pengakap dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Bilangan ini semakin bertambah sari tahun ke tahun. Sebilangan perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.

Tidak seperti jambori di daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan pengendalinya mempunyai lesen tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang lesen radio amatur ini ada di mana-mana dan bersedia membantu dengan senang hati. Tidak seperti beberapa Negara lain, di Malaysia, seseorang yang tidak mempunyai lesen, dibenarkanuntuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio Amatur dengan pengawasan pemegang lesen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.

Maklumat yang biasa ditukar antara stesen adalah:
-Nama
-Umur
-Lokasi(QTH)
-Sekolah atau pasukan
-Pangkat dalam pasukan
-Hobi dan sebagainya

Pada kebiasaannya, perhubungan dijalankan dengan bercakap menggunakan mikrofon. Akan tetapi, cara-cara perhubungan yang lain seperti senarai di bawah, juga digunakan ketika JOTA.
-Slow Scan TV atau SSTV
-Amateur TV atau ATV
-Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio atau OSCAR
-Packet radio atau komunikasi menggunakan moden tanpa telefon - PSK-31
-Radio Teletype atau RTTY
-Earth-Moon-Earth, atau EMEs

JAMBORI DI UDARA(JOTA) PERINGKAT ANTARABANGSA 2012

 Peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti

Taklimat diberikan mengenai JOTA

 'JOTA HANT' salah satu aktiviti dalam JOTA

 Sesi riadah peserta bersama pegawai bertugas

 Kene denda......=D

 Malam persembahan JOTA

 Peserta bergambar bersama kelana

 Pengarah bersungguh memberi ucapan

Bergambar kenang-kenangan sebelum majlis penutup

Jumaat, 11 Mei 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 
16 MEI 2012
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'

"TERIMA KASIH CIKGU"

Ikhlas daripada :
Warga Persekutuan Pengakap Daerah Besut

Khamis, 10 Mei 2012

PELEPASAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam pengakap,

Dsini dilampiran surat pelepasan bagi pemimpin pengakap serta ahli pengakap untuk menyertai Jambori Jutaan Belia 2012 di Putrajaya sempena Hari Belia Negara.

Terima Kasih

Mohammad Khairil Izhan Bin Anuar
Panel Blog Rasmi
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Besut


SURAT SIARAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Sabtu, 5 Mei 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2012

Jumaat, 4 Mei 2012


SELAMAT HARI IBU 2012
BUAT SEMUA IBU DI MALAYSIA
 JASA IBU TIDAK TERNILAI
SELAMAT HARI PEKERJA 2012 
1 MEI 2012

'PEKERJA INOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI'

Ahad, 22 April 2012

KURSUS LENCANA PENGAKAP REMAJA : LENCANA EKSPIDISI

KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL, TELAGA BATIN, KUALA TERENGGANU
PADA 19 APRIL - 21 APRIL 2012

 Peserta sedang berkumpul untuk memulakan ekspidisi sejauh 40km

Aktiviti sedang dijalankan mencari ajk masjid

 Ekspidisi sedang dijalankan 

 Merentasi perjalanan yang jauh demi lencana ekspidisi huhuhh...

Peserta berhenti rehat untuk solat jumaat di masjid berhampiran

Isnin, 16 April 2012

KURSUS LENCANA PENGAKAP REMAJA

LENCANA EKSPIDISI
19 APRIL - 21 APRIL 2012
(KHAMIS-SABTU)
DI
KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
TELAGA BATIN KUALA TERENGGANU

Sabtu, 7 April 2012

PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PADA 11 APRIL 2012

SEMOGA ALLAH S.W.T MELIMPAHKAN RAHMAT DIATAS PEMERINTAHAN TUANKU
DAULAT TUANKU

Isnin, 26 Mac 2012

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012


NANTIKAN HIMPUNAN SEJUTA BELIA NEGARA 2012 DI PUTRAJAYA

Jumaat, 2 Mac 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN, ANUGERAH DAN PERHARGAAN SEMPENA PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2012

Kenangan Bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu yang baru

Peserta Perhimpunan mengambil peluang bergambar kenangan bersama YB Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut

Cikgu Mat tersenyum bangga bergambar kenang-kenangan bersama YB Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut

Gambar kenangan. Dari kiri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Besut, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Pengarah Akademi Pengakap Negeri Terengganu dan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu
Tanda kenang-kenangan. Pesuruhjaya Pengakap Daerah memberi cendermata kepada YB Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut

Anugerah jasamu dikenang dianugerahkan kepada veteran pengakap yang menyumbangkan jasa dalam pengakap Daerah Besut

Penerima manik kayu dua bit

Wakil pemimpin wanita mendapat manik kayu dua bit
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu menyampaikan manik kayu dua bit kepada penerima

Dif-dif jemputan mengambil tempat

Encik Wan Senari menyambut ketibaan YB Pengerusi Majlis Pengakap Daerah

Menunggu ketibaan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut

Tetamu mengambil tempat di dalam dewan

Khamis, 23 Februari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN, ANUGERAH DAN PERHARGAAN SEMPENA PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Besut akan mengadakan program di atas sebagaimana berikut:

Tarikh : 28 FEBRUARI 2012 (SELASA)

Tempat : Kem Seri Keluang, Besut

Masa : Jam 8.30 pagi-12.00 tengahari

Pakaian : Uniform Pengakap Dan Vest Petugas Jambori

Sehubungan ini pelajar sekolah tuan (sebagaimana lampiran) dijemput hadir ke perhimpunan tersebut bagi menerima Sijil Penghargaan di atas sumbangan yang diberikan sempena Jambori Nasional Malaysia ke-11 Terengganu International Scout Jamboree 2012 pada 19-25 November 2011 yang lalu.

Bersama ini dilampirkan tentarif program untuk makluman serta tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan hendaklah dirujuk kepada En. Wan Mohd Senari Bin Wan Ibrahim, Penyelia Kokurikulum, PPD Besut. (H.P : 012-9545501) atau panel blog Pengakap Besut, Mohammad Khairil Izhan Bin Anuar, Izhan@Airscout. (H.P : 014-5047588).

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

SUSUNAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN, ANUGERAH DAN PERHARGAAN SEMPENA PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2012

8.30 : Pendaftaran dan Raptai Majlis

9.00 : Ketibaan jemputan
: Perhimpunan (Istiadat Pengakap)

9.45 : Ketibaan YB. ADUN Kota Putera

10.00 : Istiadat bermula
- Nyanyian lagu Negaraku
- Memperbaharui Persetiaan Pengakap
- Bacaan doa

: Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan PPD Besut/ Pesuruhjaya PPDB
: Ucapan Ketua Pesuruhjaya Majlis Pengakap Negeri Terengganu
: Persembahan Koir Pengakap
: Penyampaian Manik Kayu
: Penyampaian Sijil Lantikan Kuasa Penganjuran Dan Tauliah Guru Pemimpin
: Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan Jambori 2011
: Anugerah JasaMu Dikenang
: Ucap Utama YB. Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Besut

12.30 : Jamuan tengahari

Rabu, 8 Februari 2012

TAKLIMAT SUKAN UDARA KEPADA PENGAKAP UDARA

Tarikh : 18 Feb 2012
Masa : 1400H
Tempat : Dewan Kuliah SJK (C) Kuen Cheng 1, Jalan Belfield, 50460 Kuala Lumpur
Yuran Pendaftaran : RM2.00
Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap

Program
1330 Pendaftaran
1400 Ucapan alu-aluan & Perasmian Taklimat oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM WPKL
1415 Pembaharuan Persetian Pengakap
Doa
1430 Taklimat Am Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) oleh Presiden MSAF
1500 Taklimat Disiplin-disiplin di bawah MSAF oleh AJK MSAF
1600 Sesi Soal Jawab
1630 PenutupanTaklimat
1645 Tamat Kursus dan Minum Petang

Jika ada apa-apa persoalan, boleh hubungi Major Tan 0193586698 atau PIP Lian Han 0125824478

Selasa, 31 Januari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL
Kepada semua Ahli Persekutuan Pengakap Malaysia
bersama-sama kita menghidupkan sunnah junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

Isnin, 23 Januari 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2012

Selamat Tahun Baru Cina Happy Chinese new year 2012 diucapkan kepada semua warga cina di seluruh Malaysia terutamanya kepada warga Persekutuan pengakap Malaysia yang berbangsa cina. Semoga anda yang sedang merayakanya bahagia bersama kaum keluarga


Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010