"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Rabu, 28 Disember 2011

PEMAKAIAN LENCANA PENGAKAP DUNIA

Berkuatkuasa pada 20 November 2011, pemakaian lencana Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap Malaysia. Pemakaian lencana ini telah diwartakan sendiri oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh di Jambori Pengakap Malaysia ke-12 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Seberang Takir Kuala Terengganu. Pemakaian lencana ini telah diwajibkan kepada semua ahli pengakap seluruh Malaysia, lencana ini harus dipakai disebelah kanan atas poket uniform pengakap. Lencana ini boleh didapati di kedai pengakap seluruh Malaysia dengan harga RM2.50 sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010