"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Selasa, 29 Mei 2012

APA ITU JOTA?

Apabila seseorang pengakap bercadang untuk menemui pengakap dari negara-negara lain, mereka tentu berfikir untuk menghadiri Jamboree Dunia, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun, lebih 700,000 pengakap dari seluruh pelusuk dunia 'berkumpul' di udara menggunakan gelombang radio setiap tahun melalui Jamboree Di Udara atau Jamboree On The Air(JOTA). Sesuatu yang unik, pengakap tidak perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

Buat masa ini terdapat dua peringkat JOTA antarabangsa iaitu peringkat APR dan juga peringkat dunia. Ianya diadakan pada bulan Ogos dan Oktober masing-masingnya. JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada tahun 2009, iaitu setelah 52 tahun, lebih dari 702,000 Pengakap dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Bilangan ini semakin bertambah sari tahun ke tahun. Sebilangan perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.

Tidak seperti jambori di daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan pengendalinya mempunyai lesen tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang lesen radio amatur ini ada di mana-mana dan bersedia membantu dengan senang hati. Tidak seperti beberapa Negara lain, di Malaysia, seseorang yang tidak mempunyai lesen, dibenarkanuntuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio Amatur dengan pengawasan pemegang lesen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.

Maklumat yang biasa ditukar antara stesen adalah:
-Nama
-Umur
-Lokasi(QTH)
-Sekolah atau pasukan
-Pangkat dalam pasukan
-Hobi dan sebagainya

Pada kebiasaannya, perhubungan dijalankan dengan bercakap menggunakan mikrofon. Akan tetapi, cara-cara perhubungan yang lain seperti senarai di bawah, juga digunakan ketika JOTA.
-Slow Scan TV atau SSTV
-Amateur TV atau ATV
-Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio atau OSCAR
-Packet radio atau komunikasi menggunakan moden tanpa telefon - PSK-31
-Radio Teletype atau RTTY
-Earth-Moon-Earth, atau EMEs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010