"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Selasa, 29 Mei 2012

APA ITU JOTA?

Apabila seseorang pengakap bercadang untuk menemui pengakap dari negara-negara lain, mereka tentu berfikir untuk menghadiri Jamboree Dunia, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun, lebih 700,000 pengakap dari seluruh pelusuk dunia 'berkumpul' di udara menggunakan gelombang radio setiap tahun melalui Jamboree Di Udara atau Jamboree On The Air(JOTA). Sesuatu yang unik, pengakap tidak perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

Buat masa ini terdapat dua peringkat JOTA antarabangsa iaitu peringkat APR dan juga peringkat dunia. Ianya diadakan pada bulan Ogos dan Oktober masing-masingnya. JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada tahun 2009, iaitu setelah 52 tahun, lebih dari 702,000 Pengakap dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Bilangan ini semakin bertambah sari tahun ke tahun. Sebilangan perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.

Tidak seperti jambori di daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan pengendalinya mempunyai lesen tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang lesen radio amatur ini ada di mana-mana dan bersedia membantu dengan senang hati. Tidak seperti beberapa Negara lain, di Malaysia, seseorang yang tidak mempunyai lesen, dibenarkanuntuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio Amatur dengan pengawasan pemegang lesen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.

Maklumat yang biasa ditukar antara stesen adalah:
-Nama
-Umur
-Lokasi(QTH)
-Sekolah atau pasukan
-Pangkat dalam pasukan
-Hobi dan sebagainya

Pada kebiasaannya, perhubungan dijalankan dengan bercakap menggunakan mikrofon. Akan tetapi, cara-cara perhubungan yang lain seperti senarai di bawah, juga digunakan ketika JOTA.
-Slow Scan TV atau SSTV
-Amateur TV atau ATV
-Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio atau OSCAR
-Packet radio atau komunikasi menggunakan moden tanpa telefon - PSK-31
-Radio Teletype atau RTTY
-Earth-Moon-Earth, atau EMEs

JAMBORI DI UDARA(JOTA) PERINGKAT ANTARABANGSA 2012

 Peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti

Taklimat diberikan mengenai JOTA

 'JOTA HUNT' salah satu aktiviti dalam JOTA

 Sesi riadah peserta bersama pegawai bertugas

 Kene denda......=D

 Malam persembahan JOTA

 Peserta bergambar bersama kelana

 Pengarah bersungguh memberi ucapan

Bergambar kenang-kenangan sebelum majlis penutup

Jumaat, 11 Mei 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 
16 MEI 2012
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'

"TERIMA KASIH CIKGU"

Ikhlas daripada :
Warga Persekutuan Pengakap Daerah Besut

Khamis, 10 Mei 2012

PELEPASAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam pengakap,

Dsini dilampiran surat pelepasan bagi pemimpin pengakap serta ahli pengakap untuk menyertai Jambori Jutaan Belia 2012 di Putrajaya sempena Hari Belia Negara.

Terima Kasih

Mohammad Khairil Izhan Bin Anuar
Panel Blog Rasmi
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Besut


SURAT SIARAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Sabtu, 5 Mei 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2012

Jumaat, 4 Mei 2012


SELAMAT HARI IBU 2012
BUAT SEMUA IBU DI MALAYSIA
 JASA IBU TIDAK TERNILAI
SELAMAT HARI PEKERJA 2012 
1 MEI 2012

'PEKERJA INOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI'

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010