"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Rabu, 3 November 2010

Jambori Serumpun 2 di Sambas-Kalimantan Barat.

JAMBORI BUDAYA SERUMPUN 2 DI SAMBAS KALIMANTAN BARAT 2OIO

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia telah menerima undangan daripada Gerakan Pramuka lndonesia yang akan mengadakan jambori tersebut di atas mulai 14 hingga 18 Disember 2010 di Bumi Perkhemahan Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, lndonesia.

3. Jambori ini akan disertai oleh pengakap dari lndonesia, Malaysia dan Brunei. (bertaraf antarabangsa). Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah diminta untuk memanjangkan undangan ini kepada semua pesuruhjaya, pemimpin, kelana dan ahli pengakap ( muda dan remaja ) yang berminat di Negeri Terengganu.

4. Syarat penyertaan :
4.1 Menguruskan sendiri tempahan tiket kapalterbang (airasia /mas) Kuala Lumpur - Kuching pergi dan balik ( pergi pagi 13 Dis. 2010 dan balik petang 19 Dis. 2010 ) .
4.2 Yuran Penyertaan RM 300.00 (makan-minum, kit jambori, lawatan dan aktiviti).
4.3 Tambang bas pergi-balik lapangan terbang Kuching ke tapak jambori di Sambas (akan dimaklum)
4.4 Setiap peserta mesti mempunyai pasport antarabangsa ( mesti sebelum 6 bulan tamat tempoh)
4.5 Tambang bas pergi-balik Kuala Terengganu-Kuala Lumpur.
4.6 Membawa semua peralatan berkhemah sendiri (khemah, sleeping bag dsb).
4.7 Tarikh akhir menyerahkan Borang penyertaan dan salinan slip/tiket kapalterbang ialah pada 15 November 2010 (Jangan tunggu saat akhir boleh mula hantar sekarang)

5. Sehubungan itu, dimohon tuan memanjangkan undangan ini kepada semua sekolah menengah dan mereka yang berminat di daerah tuan. Maklumat lanjut akan dihantar kepada semua yang telah membuat pengesahan untuk menyertai jambori tersebut (Borang disertakan bersama ini).

6. Senarai nama peserta yang akan menghadiri jambori tersebut akan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk memohon pelepasan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
"IMALAYSIA''

Saya yang menjalankan tugas,


(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul lman.

s.k.
- Dato'PengerusiMPNT.
- Setiausaha Kht. dan Bendahari Kht MPNT

Jambori Pengakap Malaysia ke-12.

PERUBAHAN TARIKH : JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE.12, 2011 DAN ''TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2O11"

Ruj, Kami: PPM.NT/01/10 ( 47 )

Tarikh : 10 Oktober 2010


YBhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh,

Ketua Pengakap Negara.


YBhg. Dato'Seri,


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa lnduk Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Kali Pertama pada 22 September 2010 di bilik Mesyuarat EXCO Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh YB. Haji Mohd Razif bin Abdul Rahman, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, selaku Pengerusi Jawatankuasa lnduk Jambori ini bersetuju untuk menunda tarikh jambori tersebut seperti mana berikut:


Tarikh : 19 hingga 25 November 2011

Tempat : Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Pendaftaran : 19 Oktober 2011

Tamat/Balik : 25 November 2011


3. Maklumat selanjutnya akan saya sampaikan selepas ini kepada YBhg. Dato' Seri dan lbu Pejabat Pengakap Malaysia.


4. Dengan sokongan dan kerjasama YBhg. Dato'Seri diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN "

"1MALAYSIA'


Saya yang menjalankan tugas,



( HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,

Negeri Terengganu Darul lman.


s.k.

- YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

- YB. Haji Mohd Razif bin Abdul Rahman EXCO Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi JK Pengelola)

- YBhg. Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

- Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

- Ketua Pegawai Eksekutif, lbu Pejabat PPM.

- Dato' Pengerusi MPNT.

- Sekretariat Jambori Pengakap malaysia ke-12, 2011.

- Setiausaha Kht. MPNT.

- Bendahari Kht. MPNT.

- Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Negeri Terengganu.

- Semua Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pen. Pesuruhjaya Negeri Terengganu.

Khamis, 13 Mei 2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persekutuan Pengakap Daerah Besut Kali 1 Tahun 2010

Telah diadakan sepertimana berikut;
Tarikh : 13 Mei 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Besut.
Masa : 2.30 petang.

Dihadiri oleh;

01. Y.B. Haji Mohd Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putra Pengerusi MPDB
02. Haji Ismail bin Haji Shafie Pej. Peny. DUN Kota Putra Timb. Pengerusi MPDB
03. En. Azizul Jasni bin Mohamad Pej. Peny. DUN Jerteh Naib Pengerusi MPDB
04. En. Mohamad bin Haji Ghazali SMK Tg Mahmud 2 Setiausaha Kehormat
05. En Kamaruzaman bin Shafie SMK Kuala Besut Pen. Setiausaha Kehormat
06. Haji Man bin Mohd SMK Tg Mahmud Bendahari
07. En. Wan Mohd Senari b W. Ibrahim PPD Besut AJK Beruniform
08. En. Kamarudin bin Mamat SK Permaisuri Nur Zahirah AJK Beruniform
09. En. Roslan bin Muda SMA Ittifakiah AJK Beruniform
10. Haji Mohd Fauzi bin Alias SMK Seri Nering AJK Beruniform
11. En. Wan Kamarudin bin Wan Noor SMK Tok Dor AJK Bukan Beruniform
12. Haji Zawawi bin Mat Junoh SMK Tg Mahmud 2 AJK Bukan Beruniform
13. Y.M. Raja Hamzah bin Raja Kadir Pusat Kesihatan Kg Raja AJK Bukan Beruniform
14. En. Norazmi bin Abd. Rahman SK Lubuk Kawah AJK Bukan Beruniform

Turut hadir,

01. En Ab. Halim Bin Hassan Timb. PPD Besut Pesuruhjaya PPDB


Agenda mesyuarat ialah;

1-Aluan pengerusi
2-Pengesahan perlantikan AJK Tadbir 2010/2012.
3-Membentang dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung Luar Biasa.
4-Usul-usul Mesyuarat Agung.
5-Membentang Laporan Kewangan/Kemaskini Akaun Persatuan.
6-Hal-hal lain.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.B Haji Mohd Pehimi (ADUN Kota Putra)

Mesyuarat sedang berlangsung.....

Serius nampak....En Wan Senari sedang menyatakan sesuatu...


Isnin, 3 Mei 2010

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Besut

Tarikh : 3 Mei 2010
Jam : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Besut

Ringkasan minit mesyuarat adalah seperti berikut;

1- Mesyuarat dipengerusikan oleh En Abd Halim Bin Hassan elaku Pseruhjaya Pengakap Daerah
2- Mengesahkan struktur Majlis Pesuruhjaya Daerah Besut-22 orang (AJK Kecil- 5 orang)
3- Perancangan aktiviti 2010-
-perkemahan belia daerah pada 24-26 Jun 2010 (750 org peserta/sek men 30 org setiap unit)
-kempori pengakap daerah 2010. 6-8 Julai 2010 (550 org peserta/kelana-50/PR-100/PM-100/PKK-300)
4- Hal-hal lain...
-pendaftaran kumpulan/mengikut kumpulan masing-masing
-jalankan aktiviti yang sesuai untuk menaikan imej pengakap.




Sabtu, 24 April 2010

Jambori Pengakap 1Belia 1Malaysia


JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA ... Tentatif

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN 2010
TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
14 – 16 MEI 2010

HARI PERTAMA – 14 MEI 2010 ( JUMAAT )

8.30 – 9.30 PAGI - SEMUA PESERTA DIJANGKA SAMPAI DI TAPAK JAMBORI.
9.30 – 12.30 PAGI - PENDAFTARAN DAN PEMBAHAGIAN KAWASAN
MENDIRIKAN KHEMAH.
12.30 – 2.30 PETANG MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT JUMAAT
2.30 – 4.00 PETANG - PERHIMPUNAN PUSAT DAN TAKLIMAT / RAPTAI
4.00 – 4.30 PETANG - MINUM PETANG
4.30 – 7,30 PETANG - URUSAN DI KHEMAH DAN SUB KEM
7.30 – 9.00 MALAM - MAKAN MALAM
9.00 – 10.00 MALAM PERASMIAN OLEH MENTERI KABINET
10.00 – 10.30 MALAM AKTIVITI DI SUB KEM


HARI KEDUA – 15 MEI 2010 ( SABTU )

6.30 – 7.30 PAGI - UPACARA BENDERA & NEGARA KU
PEMERIKSAAN PAGI DI SUB KEM
7.30 – 8.30 PAGI - SARAPAN
8.30 – 9.30 PAGI - PERHIMPUNAN PUSAT
9.30 – 10.30 PAGI - AKTIVITI
10.30 – 11.00 PAGI - MINUM PAGI
11.00 – 12.45 PAGI - AKTIVITI
12.45 – 2.00 PETANG MAKAN TENGAHARI
2.00 – 5.00 PETANG - SEBAHAGIAN PESERTA DI BAWA KE PUTRAJAYA
INTERNATIONAL CONVENTION CENTER ( PICC )
UNTUK UPACARA SAMBUTAN HARI BELIA
KEBANGSAAN 2010.

- SEBAHAGIAN LAGI MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK LAWATAN YAB PM KE TAPAK JAMBORI

5.00 – 6.30 PETANG - MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAB PM DAN
ROMBONGAN
7.30 – 8.30 MALAM - MAKAN MALAM
8.30 – 10.30 MALAM MALAM KEBUDAYAAN


HARI KETIGA – 16 MEI 2010 ( AHAD )

6.30 – 7.30 PAGI - UPACARA BENDERA & NEGARA KU
PEMERIKSAAN PAGI DI KEM
7.30 – 8.30 PAGI - SARAPAN
8.30 – 9.30 PAGI - SEBAHAGIAN PESERTA MENYERTAI “LARIAN EKIDEN”
- PERHIMPUNAN PUSAT
9.30 – 10.30 PAGI - BUKA KHEMAH DAN BERSIHKAN KAWASAN
10.30 – 11.00 PAGI - MINUM PAGI
11.00 – 12.30 PAGI - MEMBERSIH KAWASAN
12.30 – 2.00 PETANG MAKAN TENGAHARI
2.00 PETANG - BERTOLAK BALIK

Ahad, 18 April 2010

Koleksi Lagu-lagu Pengakap

SELAMAT DATANG

Selamat datang (2x)

Selamat datang kawanku

Apa khabar ? (2x)

Apa khabar kawanku

Girang eh riang eh

Hurah huray hiuh

Enak enak enak eh (2x)

Hurah huray hiuh

===============================================


DI SINI SENANG

Di sini senang , di sana senang

Di mana, mana hatiku senang

Di sini senang di sana senang

Di mana mana hatiku senang

La la la la lalala

La la la la lalala

La la la la la lalalala

==================================================


TEPI GUNUNG

Tepi gunung air terjun
Tempat orang bermain
Tempat tinggal tukang kebun
Dan
anaknya Mahani

Sungguh cantik paras Ani
Hidung mancung seludang
Betis bagai bunting padi
Tak jemu mata memandang

Tidur malam mimpi-mimpi
Ani datang ke rumah
Tapi sayang Ani pergi
Hati Ani berubah

===================================================


SAYA PILIH PENGAKAP

Yip pi ye ye ye

Yip pi yip pi ye ye ye

Saya pilih pengakap sahaja

Siang jadi kenangan

Malam jadi impian

Cintaku semakin mendalam

=================================

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai taat berguna

Bersaudara berbudi

kasihkan binatang

Menurut perintah

Tabah hati, berjimat

Suci fikiran

Suci perkataan

Suci perbuatan

==============================

Apuse

Apuse ko kun da wo

Ya ra be soron dorove

Of lenso neni nemo beni Fase

Of lenso beni nemo beni fase

Ara fa be … as war ra kwa

Ara fe be … as wa ra kwa…..

Selamat tinggal kawan

Semoga berjumpa lagi

Selamat ku doakan engkau pergi

Selamat ku doakan engkau pergi

=================================

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010