"Salam 1 Persetiaan" dari PPM Besut ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989). Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Penyelaras Weblog Pengakap Daerah Besut ...Cg Mat di-IPG Kampus Sultan Mizan :019-9339722 atau ppmterengganu@gmail.com.

Isnin, 31 Disember 2012


SELAMAT TAHUN BARU 2013
 KEPADA SEMUA WARGA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA  SEMOGA TAHUN INI KITA AKAN LEBIH MAJU DAN CEMERLANG

IKHLAS DARI 
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BESUT

Sabtu, 22 Disember 2012

JAMBORI SANA SINI...

30th ASIA PACIFIC REGIONAL SCOUT JAMBOREE 2013
Dengan rasa sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement-Asia Pacific Regional (WOSM-APR) dan Scout Association of Japan akan menganjurkan 30th Asia-Pacific Regional Scout Jamboree pada 1 hingga 7 Ogos 2013 bertempat di Kirara-hama, Yamaguchi City, Yamaguchi Prefecture, Japan



Tarikh pengesahan penyertaan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia selewat-lewatnya Mei 2012

Kepada Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap yang berminat sila
 'Private Message' FB AQELA Esham Busu

Harap maklum terima kasih,

(MOHAMMAD KHAIRIL IZHAN BIN ANUAR)
Panel Weblog Rasmi 
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Besut





LANGKAWI INTERNATIONAL SCOUT JAM-MOOT 2012 (LISJAROM)

Langkawi International Scout Jam-Moot 2012
12-18 Disember 2012
Orientall Village Pulau Langkawi

Tiba di jeti Kuala Perlis

Suasana peserta Lisjarom di Jeti Kuala Perlis

Krew Kelana Udara Besut menghadiri majlis perasmian

Persembahan dari Pramuka 

Pramuka mencuru perhatian peserta Lisjarom

Peserta dan Pemimpin menyaksikan persembahan dari Pramuka

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu(kedua dari kiri) turut hadir

Tetamu VIP

Suasana di Majlis Perasmian

Bergambar kenang-kenangan Krew Kelana Udara Daerah Besut

Bersama pasukan pramuka dan peserta Lisjarom

Bergambar kenang-kenangan bersama Pengakap Laut KLKM

Bergambar kenangan bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

ANUGERAH BADEN-POWELL


Bagi seorang ahli pengakap kelana Anugerah Baden Powell atau lebih dikenali sebagai B-P AWARD merupakan anugerah tertinggi bagi seorang ahli pengakap kelana. Untuk mendapatkan anugerah ini seorang ahli pengakap kelana haruslah menghabiskan skim latihan pengakap kelana. Syarat-syarat untuk mendapatkan anugerah ini adalah seperti berikut:

1. Lulus lencana pengakap kelana iaitu Lencana (wajib) dan lencana (pilihan).

2. Pengakap kelana hendaklah berumur diantara 18 hingga 25 tahun sahaja.

3. Borang pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

4. Sijil dan Anugerah B-P akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

Rujukan : http://skimkelana.blogspot.com

Jumaat, 21 Disember 2012

TERBARU!!!!

PASUKAN PENGAKAP UDARA DAERAH BESUT TERENGGANU

Dengan sukacitanya pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Besut akan menubuhkan Krew Pengakap Kelana Udara Daerah Besut. Bagi sesiapa yang ingin menyertai Krew ini anda boleh menghantar email maklumat diri anda kepada Mohammad Khairil Izhan(Izhan@Airscout) di alamat email khaiiz_izhan@yahoo.com. atau untuk maklumat lanjut boleh menghubungi terus ke talian 014-5047588 Maklumat yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut:

Nama Penuh:
No Kad Pengenalan:
Alamat:
Nombor Telefon:

Sebarang maklumat akan dimaklumnkan melalui mesej yang akan dihantar melalui no telefon yang diberi. Harap maklum..

(MOHAMMAD KHAIRIL IZHAN BIN ANUAR)
Panel Weblog Rasmi
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Besut

Jadual Waktu Solat Daerah Besut & Setiu...

Hari Kelepasan Umum bagi Warga Terengganu Tahun 2010